Ziana Zain
Ziana Zain

Ziana Zain

Siti Roziana binti Zain (lahir 2 Mei 1968), lebih dikenali sebagai Ziana Zain merupakan seorang penyanyi, pelakon, model, duta dan usahawan di Malaysia. Beliau bangkit sebagai bintang sensasi setelah mengeluarkan album sulungnya Madah Berhelah, lalu dijulang sebagai salah seorang diva pop yang paling berjaya[1] di Asia Tenggara.[2][3][4]Selain itu, keunggulan Ziana di pentas antarabangsa terserlah apabila beliau berjaya meraih gelaran utama Voice of Asia yang diadakan di Kazakhstan pada tahun 1995. Kejayaan tersebut sekaligus mengukir nama beliau di dalam The Malaysia Book of Records sebagai artis wanita pertama memenangi pertandingan antarabangsa. Bermula di saat itu, langkah global beliau terus berkembang dan Ziana telah berjaya memahat namanya bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Singapura, Brunei, Indonesia, Jepun, Kazakhstan, Kanada, Switzerland, dan Australia.Kini, setelah hampir 30 tahun berlayar di industri seni, beliau telah digelar Ratu Pop Asia. Ziana juga telah bertemu dan berkolaborasi bersama beberapa nama besar di persada seni dunia seperti Jim Brickman,[5] Cindy Crawford,[6][7] Kate Bosworth,[8][9] Shah Rukh Khan,[10][11] Anna Kournikova, dan Michael Schumacher.

Ziana Zain

Pekerjaan Penyanyi, Pelakon, model, duta
Ibu bapa Zain Abdullah (bapa)
Robiah Abdul (ibu)
Pasangan Armin Zaharin Ahmad Zambri (k. 1998; c. 2018)
Anak 4
Tahun aktif 1989–kini
Pengkarya berkait Awie, Erra Fazira, Sohaimi Mior Hassan, Broery Marantika, Nora, Dayang Nurfaizah, Dessy Fitri, Ning Baizura, Amy Mastura, Anuar Zain, Daud Abdul Hamid, Zig Zag Beat, Ernie Zakri
Instrumen Vokal
Syarikat rakaman
Kampung asal Kampung Sempang, Merlimau, Melaka
Laman web www.zianazain.net
Saudara 5 adik-beradik (termasuk Anuar Zain)
Kelahiran Siti Roziana binti Zain
(1968-05-02) 2 Mei 1968 (umur 51)
Kampung Sempang, Merlimau, Melaka, Malaysia
Genre Pop, Balada, R&B, Jazz, Etnik Kreatif, Soul, Soft rock
Kediaman Shah Alam, Selangor

Rujukan

WikiPedia: Ziana Zain http://www.astroawani.com/berita-malaysia/hubungan... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/hubungan... http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Ap... http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Ap... http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Ju... http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Ju... http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Ju... http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Ju... http://www.brudirect.com/DailyInfo/News/Archive/Ma... http://www.budiey.com/mohd-ziana-zain-juara-mentor...